assalamualaikum wbt.
01.01.2012 is here now..
so, izzy nk wish HAPPY NEW YEAR 2012 to my dear followers..
kejap je dah 2.5 years since izzy start blogging..
segala cerita pahit, manis, masam, masin semua dah diluahkan kat sini ..
di kesempatan ini jugak, izzy nk ucapkan thanks kat semua..
drp izzy hingusan (refer post sblm ni) sampai ke hari ini..
yang bagi sokongan TANPA henti pada izzy..
thanks sgt2 kat korang2 yang dimaksudkan..
anda tahu siapa anda pada saya..
2012 untuk keluarga..
2011, adik izzy no 2, angah, dapat masuk matrikulasi kuala pilah, n9..
aliran sains modul 1 - physic, chem, bio (semua mase spm dapat b)..
tp alhamdulillah lepas final sem 1 dia dapat 4 flat..
rase sangat2 happy n bangga utk dia..so izzy doakan yang terbaik utk dia...
semoga laluan perjalanan hidup dia sentiasa dimurahkan rezeki..
adik no 3, naim, hurm..macam tu jugak..
cuma sejak dia join aktiviti belia ni nampak improve sikit communication skill dia..
but still degil tu masih ada..degil ni keturunan agaknye..izzy pun degil jugak snanye..
next year SPM..so buat yang terbaik jela ok..
adik yang kecik tu, isya..hurm..
nakal lebih skg..lagi2 dah pandai cakap ni..semua nk tau..
blajar ok2 jela..tu pun dah kene briefing slalu baru nk buat perubahan..
nasibla kau yang bongsu, manje..tp izzy sayang dia..
senakal2 dia pun kadang2 buat izzy tergelak jugak ngan keletah dia..
ayah, makin 'sihat dan berseri2'..haha..
just kaklong doa kesihatan ayah bertambah baik di masa depan n rezeki dimurahkan..
lain2, im happy the way my family are now..
even kitorang xde mak di sisi tp so far okla..masih bersatu hati..
moga dikekalkanlah keadaan macam ni..
2012 untuk percintaan..
2011, izzy kehilangan seseorang..
wpun jatuh agak teruk, izzy bina diri, bina semangat, teruskan hidup..
sesuatu tak dijangka berlaku..
izzy terima persahabatan dari sesorang dan lepas tu hehehe..
menjalin hubungan hati ke hati pulak..
semuanya masih baru tp insyaAllah ada jodoh xkemana..
anda-anda yang bace post ni, doa-doakanla jodoh kami dipanjangkan..
serik sebenarnya nk bercinta lagi lepas ape yang terjadi..
tapi xpela..mungkin cinta yang datang kali ni lebih berkekalan..
macam-macam perancangan dirangka bersama..
tp kita hanye merancang, Tuhan yang menentukan..
jadi hope for the best for both of us..
siapa dia? bila tiba masa izzy kenalkan :)
susah dapat bf 'artis' ni..huhuhu~
2012 untuk karier..
2011, karier masih sama, tiada perubahan..
cuma lepas setahun berkhidmat, bertambah pengalaman..
kadang2 tertanya2 jugak..takkan macam ni saje..
by next week ada interview di tempat lain..
permanent position..so hopefully rezeki izzy dimurahkan..
dapat post tu, stabil la sikit life nnt..
2012 untuk diri sendiri..
izzy letak diri izzy yang last sebab kalu boleh..
biarlah yang atas2 ni lepas dulu..
sebab kalau ikut rasa nafsu sendiri, binasa nanti..
izzy perlukan family untuk support izzy..
izzy perlukan si dia untuk dengar keluhan yang izzy xboleh cerita pada family..
(takut menjatuhkan semangat diorang pulak nnt)
izzy perlukan kerja untuk keep me occupied while earning money..
so dah ok semua baru fikir apa diri sendiri nak..
so far ade few things yang izzy nak buat, antaranya:
*dapatkan job yang bagus untuk menjamin financial..
*pergi bercuti BANYAK KALI, xkisah dalam atau luar negara selama seminggu dua..
*nk kahwin! *mood jeles n miang haha ;P*
tapi tak taula sempat ke tak dalam tahun ni..
insyaAllah dengan izin Allah boleh kot huu~
kalau xdapat xpe, there's always next year..
*alasan semata2 (=.=')*
nk kata azam tp xde la azam sangat tp bolela kan..
akhir kata, bye-bye 2011, hello 2012..
jangan kejam sangat anda pada saya tahun ni ye..
amin~